Aku Seorang Perantau: Diploma Seni Kulinari:DONE INTERIM WEEK!


Thursday 10 August 2017

Diploma Seni Kulinari:DONE INTERIM WEEK!


Assalamualaikum.

Done interim week!Okay first sekali nak mintak maaf sebab lama tak update blog sebab urusan tertentu nak daftar universiti dan sebagainya.So,harini berkesempatan nak menulis balik sebab dapat semester break for interim.Ramai yang tertanya-tanya,apa it minggu interim?!Especially for UITM.Minggu interim adalah minggu yang berfungsi sebagai pengikat kepada pelajar daripada keluar ke universiti lain.Dalam minggu interim ni ada 3 subjek untuk dipelajari,iaitu bergantung kepada kos yang diambil.Untuk budak kulinari,UED 102,CTU 101,ELC 121 dan untuk budak engineering pulak UED 102,CTU 101,ELC 121.Iffat dapat tawaran masuk ke UiTM Pulau Pinang.Haritu pasal kalut tu yang tak sempat nak update.(sekarang baru la nak update balik).Iffat ditawarkan ke dalam kos bidang cullinary arts.

Apa pulak cullinary arts?

Difahamkan oleh Iffat ialah Cullinary Arts ni adala kos untuk siapa-siapa yang nak jadi chef.Dulu kos ni digelar chef training dan function kos ini diadakan ialah untuk memenuhi kehendak dalam industri hotel dan pelancongan.Ramai yang tanya,kos ni menjamin masa depan ke?Rezeki di tangan Tuhan ye..

Kenapa tak amik Foundation,Engineering,Matrik,Pilihan adalah dibuat oleh masing-masing berdasarkan kemampuan diri sendiri.Jadi,Iffat mengambil keputusan untuk apply cullinary dalam pilihan pertama upu.Alhamdulillah dapat jugak.Cooking for me its about passion.Memasak ni merupakan satu kelebihan ataupun skill yang hebat pada diri seseorang bagi pendapat Iffat la.Jadi untuk Sapa yang nak apply course ni boleh la apply jangan malu-malu okay?πŸ˜‚

Iffat beruntung sebab dapat kos yang minat dan universiti yang dekat dengan rumah.So,easy for me kalau nak balik tiap-tiap minggu pun boleh.Tak sampai RM 10 pun.Makanan kat uitmpp ni pun murah sebab nasi putih harga dia RM0.50 manakala ayam goreng hanya RM 2.00 sahaja.Itulah kelebihan untuk siapa yang dapat kat uitmpp nih.UiTMPP ni hanya ada Faculty Hotel Management & Tourism,Faculty Mechanical Engineering,Faculty Of Health Science,Faculty Pharmacy,Faculty Chemical Engineering dan banyak lagi.

Pengalaman waktu interim boleh tahan la.MDS pun okay-okay la.Interim ja boleh rileks tapi bila start bulan 9 nih semua akan jadi mencabar.Interim maksimum satu hari kelas 4 jam sahaja dan dipenuhi dengan tidur.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.Sekarang ni tengah sem-break satu bulan.Tu yang boleh update blog tu huhu.Tu ja entry untuk kali ini.

Sekian,

Assalamualaikum




1 comment:

  1. singgah + follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete