Aku Seorang Perantau: DEXTEROUS TRAVELLOG #2 : LANGKAWI ISLAND


Wednesday, 9 August 2017

DEXTEROUS TRAVELLOG #2 : LANGKAWI ISLAND

Image background source google.com

Assalamualaikum 안녕하세요!!!


Entry kali ini berkenaan trip batchmates ke langkawi.Iffat akan cerita dari awal trip sehigga akhir trip.Sebarang tips boleh diambil dari entry kali ini dan dikreditkan semula ke blog ini.

Day 1

Iffat menggunakan komuter dari Sungai Petani manakala batchmates dari Penang,bertolak menggunakan bas dalam jam 0930 dan tiket bas pada waktu itu RM15.Iffat naik komuter di stesen Sungai Petani jam 0859 dan turun di arau pada jam 0957.Tiket komuter berharga RM 7.40 sahaja.Sesudah sampai di Arau kami menumpang sepupu kawan kami yang berada di sana.Sebagai tanda penghargaan kami memberikan RM3.00 seorang untuk duit minyak ke Jeti Kuala Perlis .Setelah sampai di Kuala Perlis,kami singgah makan dahulu di sebuah restoran betul-betul berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis.Batchmates dari Penang tambah tolak sampai dalam pukul 1200.Diorang sampai terus pergi beli tiket dan terus naik feri sebab jadual waktu feri pukul 1200.Maka bermulalah sebuah travellog oleh Dexterous Boys.

Setibanya di jeti Kuah,pada jam 1300 kami terus bergerak keluar dari feri untuk bergerak ke homestay yang ditempah.Trip kami pada kali ini melibatkan 14 orang.Jadi,memang jimatlah kalau nak tempah homestay etc.Selesai sahaja kami bergerak turun ke jeti,kami dipromosi hotel,kereta sewa dan macam-macam lagi oleh agen-agen dan penduduk sekeliling.Kami dipelawa dengan abang yang menawarkan kereta sewa.Kami ambil dua biji myvi(auto) dan 1 viva(manual).Pengiraan untuk sewaan myvi 24 jam ialah RM60 dan viva RM 50.Selesai tawaran tersebut kami pun ambil keputusan bersetuju dengan kereta yang ditawarkan.

Selesai urusan berkenaan dengan kenderaan,kami bergerak pula ke tempat penginapan kami yang terletang di Padang Matsirat.Homestay kami berharga RM220 untuk satu malam.Kami mengambil 3 hari dan dua malam.Meh nak bagi kelebihan homestay ni :

~ Dari Jeti Kuah ke Homestay ku padang matsirat -
17 km [20-3o min]

~ Dari Airport ke Homestay ku padang matsirat
langkawi kedah - 2
km [2-3 min]

~ Homestay ku padang matsirat ke Makam Mahsuri -
7km [10-15 min]

~ Homestay ku ke pantai cenang/cable car/telaga
tujuh - 10 km [10-15 min]

~ Homestay ku ke beras terbakar - 1km [1min]

Hanya -1km dari Langkawi Lagoon Resort [1min]

~ Hanya berjalan kaki ke pasar basah padang
matsirat untuk dapat hasil tangkapan laut yang
segar.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KESELESAAN ANDA:
~ 3 bilik tidur [3 katil queen,1 katil
single],tilam,bantal dan selimut
tambahan disediakan

~ 2 bilik air

~ Ruang tamu dan ruang makan yang selesa.
kipas syiling disetiap ruang dan setiap bilik
tidur.

~ 1 bilik utama berhawa dingin

~ Tv,iron&iron board ,tuala,elektrik,pinggan
mangkuk,peti ais
sofa,meja makan, sejadah,Rice cooker dan kemudahan
BBQ.

Mempunyai suasana yang nyaman dan rumah
dikelilingi sawah bendang,malah dapat
menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam

* Standard check in time at 2.00pm and check out
time 12.00pm

Read more at http://www.mudah.my/Homestay+ku+padang+matsirat-54655109.htm#wWteQaH7eLwZA8Px.99

Sumber : http://www.mudah.my/Homestay+ku+padang+matsirat-54655109.htm

Nak bagi komen pasal homestay ni sangat berbaloi kalau cuti dengan kawan-kawan atau family.Homestay ni jugak memang strategik dan jauh dari kesibukan bandar.Dikelilingi oleh kawasan sawah padi yang tenang dan nyaman.Pada jam 1730,iaitu selepas menunaikan solat Asar,kami semua bergerak ke pantai cenang untuk bermandi manda dan melihat matahari terbenam.Selepas selesai mandi di Pantai Cenang,kami bergerak pulang ke Homestay pada jam 1930.

Tempat:Pantai Cenang

Selesai pula solat Maghrib Kami bergerak ke pantai cenang pada waktu malam.Sangat menarik jika anda seorang jurugambar,boleh menangkap pelbagai situasi contohnya di tepi pantai pada waktu ialah Fire Dance.Pantai Cenang pada waktu malam dipenuhi dengan pusat hiburan seperti shisha dan sebagainya.Kalau nak cari barang-barang contohnya macam t-shirt ka nak murah boleh cari kat Pantai Cenang ni.Memang berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.Iffat dan Zulhakimi pergi cari makanan untuk makan breakfast pada besok pagi.Kami bergerak ke supermarket berhampiran untuk membeli bahan mentah.

Selesai untuk hari pertama.Semua balik dan penat lalu semua tidur dengan hati yang penuh riang.

Day 2

Pada jam 0630 semua dah bangun dan start makan breakfast.Siapa yang buat breakfast?! Iffat la HAHA(Riak takabbur).Iffat buatkan kuetiau goreng untuk diorang dan Alhamdulillah memenuhi citarasa semua orang.Selesai Solat subuh dan breakfast,Iffat saja nak round kat luar sebab nak amik angin fresh.Bila tengah round-round tu,tengok tayar myvi YA ALLAH tayar myvi pancit!

Tayar myvi pancit!

Tayar sebelah hjadapan sebelah kanan.Mungkin kena paku etc.Lepastu tu call owner kereta sewa untuk tampungkan balik.Owner kereta tu cakap okay nanti dia tolong hantarkan orang yang boleh repairkan tu.Kami semua jadi kalut la sebab pagi tu kami ada Island Hoping.Okay,untuk Island Hoping,seorang dikenakan RM25.

Tempat:Dayang Bunting

Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Pulau Beras Basah

Tempat:Pulau Beras Basah


Tempat:Pulau Beras Basah


Tempat:Dayang Bunting

Okay untuk Island Hoping dia bawak macam-macam tempat.Pulau Dayang Bunting,Pulau Beras Basah,bagi helang makan dan banyak lagi.Sesudah sampai di Pulau Dayang Bunting,akan dikenakan RM5 seorang untuk entrance dan RM10 untuk jaket di Tasek Dayang Bunting.Selesai mandi di Pulau Dayang Bunting kami bergerak ke lokasi bagi helang makan dan seterusnya ke Pulau Beras Basah.Pulau Beras basah ni yang menariknya pasirnya adalah sangat halus dan airnya sangat jernih.Bebas dari sebarang sampah sampai boleh tengok ikan dalam air.Done for Island Hoping.

Habis Island Hoping dalam jam 1300 kami bergerak pulang ke homestay.

Day 3

0700 semua bangun macam biasa dan ready bersiap untuk SkyCab.Bercakap mengenai Skycab anda digalakkan mengambil public parking daripada private parking.Fee untuk public parking dalam RM 2.00 manakala Private parking ialah RM10.Kami dah rugi kat situ sebab amik private parking.Fee untuk SkyCab adalah RM 40 seorang.Dalam pakej ini akan diberi naik ke Gunung Mat Chinchang,SkyDome,Skyrex dan 3D Art Museum.

Tempat:Skycab Langkawi 

Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi

Selesai SkyCab,kami pulang ke homestay untuk packing barang dan bersedia untuk pulang.1500 kami mula bergerak keluar dari homestay dan terus menuju ke jeti Kuah.Beli tiket mengahala ke Kuala Perlis.Feri jam 1750 dan kamio sampai awal di jeti.Sempatlah kalau nak tangkap gambar dengan Lang tu sebab sempat.

0830 kami selamat sampai di jeti Kuala Perlis
 dan ini adalah gambar kami yang terakhir sebelum berpisah.

Tempat:Jeti Kuala Perlis

Tempat:Jeti Kuala Perlis

Cerita pasal nak balik Ktm Arau,naik teksi yang disediakan bersebelahan dengan jeti.Harga RM 26 sahaja.Done for this trip.

Next trip?In Sha Allah.
Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment