Aku Seorang Perantau: 2017


Thursday, 29 June 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors


Klik banner untuk join :)

Saturday, 13 May 2017

Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


Kilik banner untuk join :)

Tuesday, 2 May 2017

FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2017



Assalamualaikum
안녕하세요!!!

Seperti yang kita telah tahu, terdapat 5 peserta MaharajaLawakMega 2017 yang akan mara ke final pada 5 Mei ini.Para peserta yang mara ialah:


➡Bocey
➡Zero
➡Shiro
➡Dzawin
➡Puteh

Team favourite Iffat? Mestila Bocey.Kenapa? Sebab Bocey bila buat kelakar dia macam slumber je and not to try hard berbanding dengan pelawak lain.Bocey ni jugak antara team favourite Iffat since MLM 2014 lagi.Paling kelakar bagi Iffat ialah Abam.Abam ni dia mempunyai karakter yang unik dan personaliti yang berbeza.Even muka macam harimau tapi still boleh act cute as Hantu Kak Limah kalau tak silap masa MLM yang bertemakan seram.Tahun ni punya performance boleh tahan hebat since saingan tahun ni pun hebat-hebat belaka.

Zero?Zero ni bagi Iffat dia macam ulang lawak yang sama sebab selalu kenakan antara satu sama lain tak kisahlah rupa ka,apa ka, tapi boleh tahan kelakar.Selalu yang ke yang Dato' AC cakap tu muka macam Rihanna.Selalu kena hentam dengan adik-beradik untuk mencari punchline.Zero ni jugak dah pernah bergelar juara so, no wonder la kalau Zero boleh masuk final.

Shiro?Shiro ni memang legend.Iffat bolehla kalau nak minat Shiro ni.Dengan punchline yang bersahaja Shiro ni mampu membuat performance yang baik bagi tiap-tiap minggu.Tapi bagi iffat Shiro still kelakar dan lawaknya kadang-kadang fresh dan kadang-kadang yang bukan-bukan haha.Sekarang ni tunggu Shiro pulak jadi juara.Harap-harap jadilah ye.Shiro ni jugak bagi Iffat la pelawak yang jugak not to try hard sangat.

Puteh?Puteh ni dah la pelawak baru dan diorang jugak mampu menarik minat penonton dan penyokong dalam masa sekejap sahaja.Puteh ni lebih kurang macam zero selalu kenakan mamak.Yang paling terkesan bila setiap kali ada perkataan hitam atau gelap.Sebab yang tu saja yang boleh dijadikan punchline.Bukan tu saja banyak lagi lah punchline yang hebat-hebat dari Puteh ni.Puteh jugak apa kurang hebatnya kalau nak dibandingkan dengan peserta-peserta lain.Kira macam Puteh ni macam memberi saingan baru&besar terhadap pelawak-pelawak yang lain.

Dzawin? Pelawak dari Indonesia yang first sampai Final.Dah la solo pastu boleh pulak pergi final.Tak kisahlah sebab boleh sampai final sebab lawak dia diselitkan dengan unsur-unsur agama.But for me? It is very good.Jarang la jumpa pelawak yang boleh berdakwah dan melawak pada masa yang sama.Apa yang Iffat suka dengan Dzawin ni sebab dia sentiasa confident dengan setiap performance yang dia buat.Nak kata gagp tu tak nampak la sangat.But overall for me is good.

Final akan diadakan di Dewan Wawasan,Jitra Kedah pada 5 Mei 2017.

Kalau korang nak peserta korang menang bolehla mengundi cepat-cepat untuk menentukan siapa yang layak untuk bergelar juara.Lepasni MLM 2018 pulak lah ye..

Sekian.

Sunday, 30 April 2017

TAWARAN MATRIKULASI SESI 2017/2018



Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Sebab dapat tawaran matrikulasi ni.Satu batch kasi reminder untuk buat semakan matrikulasi.First tu rasa takut jugak la sebab takut tak dapat tapi rezeki masing-masing akhirnya dapat jugak matrik ni.

Iffat mintak jurusan perakaunan dan dapat untuk PST iaitu program satu tahun.Dapat matrikulasi Kedah(KMK) kalau tak silap kat changlun.Tapi apapun kena terima dulu sebab hebahan upubtak keluar lagi.Iffat apply permohonan matrik ni sebab nak buat macam backup plan la katakan.
Macam cikgu Iffat cakap,Apply ja semua dulu,dapat ka tak dapat la lain cerita.Kira ok la kalau banyak mohon tapi ada jugak la yang dapat berbanding tak mohon apa-apa.

Program Matrik ni ada orang kata bagus dan ada orang kata tak.Mana-mana tempat belajar pun sama saja cuma nak dengan taknak ja.Ada ja orang berjaya masuk matrik dan ada orang yang gagal.

Macam mana boleh berjaya?
Sebab dia pulun betul-betul dan tak main-main masa dalam kolej tu.

Macam mana gagal?
Tak fokus,banyak main,banyak alasan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak peluang yang kita boleh cari.Tak kisahlah melalui belajar dan sebagainya.Ada ja orang tak sambung belajar tapi rezeki dia melimpah-limpah.So,the moral of the story is kena usaha.Also reminders for myself,hidup ni kena sentiasa berusaha dan percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T dan yang penting confident dengan pilihan yang dah ditetapkan atau yang telah dirancang.

Tapi tulah,rezeki masing-masing tapi yang penting kena usaha dulu baru tawakkal.
So, untuk sesiapa yang belum membuat semakan matrikulasi sesi 2017/2018 bolehla membuat semakan di



Sekian.

Saturday, 29 April 2017

TEST JPJ MOTOR KELAS B2

     
            
 Assalamualaikum.
Harini nak cakap pasal test jpj motor.Entri haritu cakap pasal jpj kereta sekarang motor pulak.Memandangkan esok test JPJ motor, so nak share sikit tentang prosedur esok.
Sebelum masuk litar,kena buat dua perkara iaitu RPK dan RSM.So,benda pa pulak RPK dengan RSM tuh?

Meh sini nak terang satu-satu.

RPK ➡ Rutin Pemeriksaan Kenderaan.
Iffat just nak share pasal motor je ni.So,sebelum start naik tu wajib la kena buat RPK sebab nak pastikan motor dalam keadaan baik.

Macam mana nak buat RPK?
1.Pergerakan adalah mengikut arah jam.
2.Bukak bawah seat.
3.Cek 4 perkara ni:
➡Bateri
➡Roadtax
➡Penutup tangki minyak(minyak mencukupi?
➡Tools/Perkakas
4.Cek Side Mirror
5.Bahagian depan ada 4 benda:
➡Lampu hadapan
➡Lampu Isyarat
➡Nombor plat
➡Tayar(Bunga,Tekanan Angin)
6.Cek minyak enjin(mencukupi)
7.Cek bahagian belakang sama macam yang depan tadi ada 4 benda.
8.Cek rantai(tidak terlalu kendur dan tidak terlalu tegang)
Selesai RPK.

RSM ➡ Rutin Sebelum Mula
Macam mana cara?
1.Cek tayar hadapan sama ada angin cukup.
2.Cengkam brek hadapan.
3.Pijak brek belakang.
4.Cek tayar belakang.
5.Adjust side mirror.
6.Check lampu depan.
7.Check lampu belakang.
8.Check lampu isyarat kiri&kanan.

Selesai.

Untuk siapa yang nak tahu latihan untuk motor kelas B2 ialah selama 15 jam dan 30 minit.
Iaitu terbahagi kepada dua kelas KPP02 Dan KPP03.
KPP02 ialah selama 9 Jam 30 Minit.
KPP03 ialah selama 6 Jam.

Penat tak?

Uishshh penat gila sebab nak kena round litar tu banyak kali dengan cuaca panasnya.Tapi tulah,nak seribu daya tak nak seribu dalih.

*updated*

Alhamdulillah, selesai sudah ujian tadi.Berpeluh-peluh tunggu.Nervous?Memang takleh nak elak lah!Ni nak cerita sikit pengalaman tentang test tadi.

Mula-mula datang awal pagi dalam pukul 
8 pagi.Lepastu kena sediakan ic dengan lesen L.Untuk sapa yang ada renew lesen L kena bawak dua-dua yang baru dengan yang lama.

Daftar bagi ic dengan lesen pastu kena pakai baju jarang warna kuning macam tu la dekat bahagian belakang baju tu ada nombor giliran.So,korang tahulah korang punya nombor giliran.Selalunya diorang start dengan 
calon ulangan dulu pastu baru bagi yang 'fresh' ni.

Bila dah sampai giliran Iffat, nombor giliran 18 memang nervous tahap gaban ah! Kalau fail kena ulang pastu kena bayar lagi! Memang 
tak ahh!

Lepas pendaftaran kena buat RPK.Habis je RPK just get ready for test.Sebelum bawak motor, kena buat RSM dulu.Lepas je buat RSM terus pergi ke halangan pertama iaitu Titi.Titi ni majoriti fail kat sini.Tapi just usaha ja masa latihan lama-lama okaylah tu! 

Iffat dulu pun jatuh gak!Macam impossible nak lepas tapi boleh jugak.Iffat nak kasi tips sikit nih masa mula nak naik titi tu just tekan minyak sikit kasi laju and then main brek kaki je.In Sha Allah boleh. 

Lepas titi buat kon pulak.Kalau tak silap ada lebih kurang 8 kon tapi kalau untuk B FULL 5 kon je.Kon pun sama macam titi ramai yang gagal tapi tulah buat ja sama macam titi tadi.Practice!

Lepas kon, Brek kecemasan.Brek kecemasan ni kena bawak laju pastu brek guna brek belakang dalam kotak yang disediakan.Pastikan berhenti dulu dalam kotak  kalau tak berhenti gagal.

Lepas brek kecemasan,laluan tidak rata.Yang ni boleh punya.Asalkan tak keluar dari petak yang disediakan.

Selesai BAHAGIAN 2.
 
Bahagian 3 tertakluk kepada litar masing-masing.

Sekian.

Saturday, 15 April 2017

BLOG AKU SEORANG PERANTAU KINI BERWAJAH BARU!


Assalamualaikum.

Macam mana dengan design blog Iffat?Nampak Smart kan?
Lepas tengok hasil design MellyaCrayolla ni seriously rasa gempak!Firstly,nak cakap terima kasih sebab design blog Iffat dengan begitu cantik huhu....Masa Iffat bukak website http://mellyacrayola.blogspot.my/ tadi Iffat baru tahu yang Iffat ni customer LELAKI yang first order blog editing kat dia..Iffat dah pecah rekod!! Hahaha..

Servis yang ditawarkan juga begitu menarik dan paling murah.Murah mana??RM20 sahaja..
Memang rugi la kalau tak order kat MellyaCrayola nih.


Editing yang memang puas hati dan tak rugi duit


Jugak header yang menarik.

So,untuk sesiapa yang nak buat blog editing service bolehla order kat http://mellyacrayola.blogspot.my/

Thanks Mellya Crayola for your Amazing Work!

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS


Klik banner untuk join :)

Gudluck!

6 ELEMENT PENTING UNTUK MEMBUAT RESUME




Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Iffat nak kongsi pasal perkara yang perlu ada dalam resume semasa nak minta pekerjaan atau biasiswa.

Ada banyak persoalan tentang nak buat resume ni?

Contohnya:
  • Apa itu resume?
  • Bila kena buat resume?
  • Tujuan resume?
  • Kegunaan resume?
Okay.Resume ni merupakan satu surat yang berbentuk profile diri kita.Dalam resume jugak terkandung segala latar belakang kita.Resume dibuat semasa kita dipanggil untuk temuduga.Tak kisahlah untuk biasiswa atau pekerjaan.Kegunaan resume adalah untuk memohon biasiswa atau pekerjaan.Perkataan lain bagi resume ialah cover letter.

ANTARA ELEMENT PENTING YANG PERLU ADA DALAM RESUME IALAH:

1.GAMBAR PROFIL.

Gambar profile yang anda nak letak pastikan gambar yang terkini dan pakaian yang kemas dan sopan.

2.MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN PERIBADI.

Maklumat-maklumat berkaitan ialah sebagai info tambahan kepada pihak temuduga untuk mengetahui latar belakang para calon.Antara maklumat-maklumat yang berkaitan ialah:
  • Nama
  • Alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Email dan sebagainya
3.OBJEKTIF

Pihak yang menemuduga kita juga nak tahu apa sebenarnya calon tersebut nak daripada syarikat tersebut.
  • Matlamat Kerjaya
  • Kemahiran
4.TAHAP PENDIDIKAN

Tahap pendidikan mestilah disusun secara menurun.

Contohnya;
  • PHD
  • MASTER
  • BACHELOR DEGREE
  • DIPLOMA
  • SPM
  • PMR
5.AKTIVITI KOKURIKULUM

Contohnya:
  • Ko-kurikulum
  • Pencapaian
  • Kemahiran
6.RUJUKAN.

Kita perlu meletakkan rujukan sebagai sumber rujuk kepada pihak temuduga jika kita diterima bekerja atau biasiswa

Contohnya;
  • Nama
  • Jawatan
  • Lokasi pekerjaan
  • Nombor telefon
Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,

Sekian Dari Admin.

15 TIPS UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA




Assalamualaikum to all my readers!!!

Interview memerlukan skill yang tinggi untuk 'tackle' company yang akan amik kita untuk bekerja atau bagi scholarship.

Harini Iffat nak share tentang tips-tips untuk menghadapi interview tak kisahlah untuk scholarship atau pekerjaan.Iffat dapat info ni dari pihak MSU UNIVERSITY yang pernah buat ceramah kat sekolah tahun lepas.So,Iffat nak share sikit tentang apa yang Iffat dapat daripada ceramah tersebut.

SEBELUM INTERVIEW

1.DAPAT PANGGILAN DARIPADA PIHAK TEMUDUGA.

Selepas dapat panggilan atau sistem pesanan ringkas(SMS), yang akan diterima untuk interview cepat-cepat ambik kertas dan pen untuk catat maklumat penting sebagai contoh tarikh,waktu dan sebagainya dan JANGAN LUPA UNTUK REPEAT SEMULA untuk confirmkan balik info yang kita dapat itu sama atau tidak.

2.CARI MAKLUMAT PENTING TENTANG COMPANY.

Lepas dah dapat call dari pihak temuduga,cepat-cepat buka website company tersebut untuk cari latar belakang,visi,misi.Dengan cara itu ia dapat membantu kita untuk apa yang company tersebut betul-betul nak daripada bakal pekerjanya.

3.BUAT PERANCANGAN AWAL TENTANG PERJALANAN.

Perkara ini amat penting yang perlu take note.Membuat perancangan awal dapat membantu kita untuk sampai di tempat yang ditetapkan 'on time'.Kalau rumah dekat dengan venue tersebut,tak payahlah bersusah-susah untuk nak tengok sebab buang masa baik prepare untuk buat resume.Untuk yang tinggal jauh,it is better kalau anda pergi ke venue yang ditetapkan dalam masa dua hari lebih awal.Then pergi ke venue tu dan bolehla rancang pukul berapa nak keluar rumah dan sebagainya dan ianya juga dapat membantu untuk mengelakkan dari kesesakan lalu lintas.

4.KAJI INFO BAKAL MAJIKAN.

Perkara ini nampak remeh,tetapi ia amat membantu kita dalam interview.Antara info yang perlu kita tahu ialah berkaitan dengan nama,alamat,dan lokasi.Kemudian berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.Paling penting ialah kena kaji berkaitan dengan kursus dan biasiswa yang ditawarkan.

PERSEDIAAN PEMAKAIAN SEMASA HARI TEMUDUGA.

1.BAJU DAN NECKTIE.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah berkaitan dengan pakaian.Ada dua jenis cara pakaian semasa temuduga.

i)Baju 'plain' berwarna cerah dan lembut dipakaikan dengan necktie bercorak.(Pastikan warna necktie dan warna baju berkaitan dan sesuai dipandang)

ii)Baju bercorak(dicadangkan jarak antara strpe tidak terlalu lebar) berwarna cerah dan lembut dan dipakaikan dengan necktie 'plain'.

iii)Blazer terserah nak pakai atau tidak.

2.JAM TANGAN.

Jam tangan mestilah besi berwarna silver atau leather warna coklat atau hitam.Tak perlu beli mahal-mahal.Pergi kat uptown beli jam RM10 je.

3.TALI PINGGANG.

Berwana hitam atau coklat.(sekiranya coklat,pastikan dipadankan dengan warna kasut.

4.RAMBUT

Mestilah disikat rapi dan tidak terlalu kering.

5.SELUAR

Seluar yang digalakkan ialah seluar 'slack' bukan 'cotton'.Hal ini disebabkan apabila kita tunggu giliran di ruangan menunggu ia tidak akan meninggalkan sebarang kedutan pada seluar berbanding 'cotton'.

6.KASUT.

Kasut mestilah berwarna hitam atau coklat.(Pastikan dah kiwi untuk bagi berkilat)

7.PERFUME.

Ini juga penting.Beli perfume yang wangi dan jangan pakai terlalu banyak hanya sekadar biasa-biasa saja.

PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU

1.JUMPA PESAING.

Semasa di ruang menunggu,sudah semestinya kita akan berjumpa ramai pesaing yang akan merebut pekerjaan atau biasiswa yang ditawarkan.Apa yang perlu kita lakukan?

i)Jangan sesekali mendiamkan diri.Jika anda mendiamkan diri,semestinya anda akan dipandang rendah oleh pesaing yang lain.

ii)Perkara penting iaitu kena tahu kelemahan pesaing supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dan buat dengan lebih baik.

PROSES TEMUDUGA

SESI PERKENALAN

SESI MEMPERKENALKAN DIRI
SESI DUA HALA



SEMASA MENHADAPI TEMUDUGA.

1.SEMASA MASUK KE BILIK TEMUDUGA.

i)Ketuk pintu dahulu diteruskan memberi 'greeting' dan untuk yang muslim mestilah memberi salam.

ii)Letak tangan kanan atas bahu kiri apabila berjumpa dengan pihak interview yang berlainan jantina.

iii)Pastikan pen diletakkan di dalam poket baju.

2.BODY LANGUAGE

Body language tersangatlah penting.Ia akan menarik minat pihak interview.

i)Tangan mestilah tidak boleh lebih dari paras telinga.

ii)Mestilah pandang pada wajah pihak interview.

iii)Mata dan juga kepala mesti bergerak dan jangan terlalu 'over' dan janganlah diam sangat.Ia hanya untuk menarik perhatian sahaja.

3.INTRODUCE DIRI

i)Introduce tentang diri,adik-beradik,tahap belajar,ambition dan ibubapa.

ii)Kena tahu kita punya ability berkaitan dengan kos yang kita nak dan cerita sikit kenapa berminat dengan biasiswa/pekerjaan yang ditawarkan.

iii)Bila dia 'trick' apa yang perlu kita lakukan?

-Contoh trick ialah perkara yang dibincangkan telah menyimpang jauh dari asal.Contohnya,pihak akan 'trick' dengan menanyakan Siapakah pemain bola yang anda minat?,Suka tengok wayang cerita apa? soalan yang tiada kena-mengenalah maksudnya.

-Bila dia trick,just kata tidak ada/tiada supaya tidak dipengaruhi.

       Apa yang perlu kita lakukan dan jangan berpura-pura semasa temuduga?

Perkara yang perlu kita lakukan : 

  • Jadi diri sendiri
  • Yakin dan tenang
  • Senyum dan beri salam
  • Bersedia
  • Positif
  • Mengucapkan terima kasih 
  • Keluar dengan sopan
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga :

  • Berpura-pura
  • Tidak yakin
  • Terlalu gopoh-gapah
  • Sombong
  • Kurang persediaan dan pengetahuan
  • Menyalahkan orang lain dengan berfikiran negatif
Sekiranya ada kelemahan dalam diri kita,cuba beritahu satu kelemahan tersebut dan cara untuk menanganinya.

Dan yang paling penting perlua ada kata-kata harapan.

Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,

Sekian Dari Admin.

Friday, 14 April 2017

DEXTEROUS ROYAL BANQUET


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Admin nak mengimbau kembali kenangan bersama batchmates semasa Dinner bertempat di The Light Hotel,Seberang Jaya,Pulau Pinang.

Apa yang Admin nak rumuskan kat sini ialah satu malam yang terakhir untuk kami bersama sepanjang 5 tahun menjadi sahabat.Bermula daripada 4 Januari 2012 kami masuk ke dalam sekolah dan tarikh akhirnya ialah 1 Disember 2016.


Admin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan dekorasi dalaman.

Perasaan?? Mestilah happy dan sedih.

Happy??

Sebab kami boleh makan besar bersama-sama.

Sedih??

Sebab ni last dinner kami sepanjang 5 tahun friendship.

Lepasni semua dah ada hala tuju masing-masing untuk mengejar impian.

Admin harap boleh buat macam ni lagi!!!




Sekian Dari Admin...

LAST DAY AT SCHOOL


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Admin nak cakap pasal Last Day At School.

Hari yang bertarikh 2 Disember 2016 merupakan hari perpisahan buat semua warga Dexterous..

Waktu pagi kami pergi lepak kat Warung Barakah yang terletak berdekatan dengan sekolah untuk breakfast.

Tapi sebelum tu.. SELFIE dulu.. 

Majoriti tak mandi lagi.. Tak apalaa lastday  dengan kawan-kawan


Friends till jannah In Sha Allah Amin...


Gambar last sebelum balik


Barang-barang yang nak dibawa pulang ke kampung halaman...



Asrama lelaki 


Sekolah yang telah memberikan seluruh ilmu yang disampaikan oleh guru yang cemerlang.

Admin harap batch DEXTEROUS dapat mencapai target pointer sekolah iaitu 1.69..Aminn

DEXTEROUS TEACHERS DAY 2016


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini admin nak cakap pasal Dexterous Teachers Day 2016

Admin paling happy masa ni sebab semua cikgu-cikgu puji atas hasil kerja yang kami telah buat.



Jamuan Hari Guru Di Dewan Makan 
(Photo with Class Teacher Cikgu Khairul Azri Mat Daud)
(My Classmates)


My Production Team for Teachers Day Video.
(Amin,Bobo,Bob,Irfan,Amrah,Bad,Amir Nabil Nun)
(Ada lagi sebenarnya tapi tak ada gambar huhu.. )


"Sebelah Sayap" - Video Pendek Hari Guru SMSTSSS 2016


(Bloopers) Hari Guru SMSTSSS 2016


Gimik Hari Guru Tun Syed 2016




Interview Hari Guru SMSTSSS 2016



Sekian Dari Admin.

GIVEAWAY BY IGSHOP @luv.sweetchoco

Klik Banner Untuk Join!
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017

Jemput join semua! Goodluck!

Wednesday, 5 April 2017

1ST GIVEAWAY BY FWS




Klik kat banner untuk join :)


Cara-cara nak join?
1. Buat Entry yang bertajuk "1st Giveway By FWS "
2. Letak Banner dan backlinkkan ke entry ini
3. Letak username ig korang dalam entry tu
4. Comment link entry korang !

Hadiah-hadiah Yang Menanti?
1. Diskaun RM10 shopping di FashionStorebyfw (FWS) x3 pemenang
2. Topup RM5 (FWS) x2 Pemenang
3. Header + Watermark Logo ( Sis Awadah ) x3 pemenang
4. Topup RM10 (JMBELOG) x2 pemenang
5. Topup RM5 ( Abam Kie ) x3 pemenang

Pemilihan pemenang melalui random.org

Banyak kan hadiah yang disediakan? kalau rasa nak menang, anda ada masa 1 bulan untuk join !

1April 2017 hingga 1Mei2017

Sunday, 26 March 2017

DEXTEROUS TRAVELLOG #1 : GUNUNG JERAI,BATU HAMPAR



Assalamualaikum to all my readers!!!

Alhamdulillah,trip dexterous pada kali ini bergerak ke Gunung Jerai pada 23/3/2017.

Tak tau nak describe macam mana sebab nak bagi entri kali ini panjang lebar.

Okay,Start from First.

Kami semua jumpa di Stesen KTMB GURUN sebab nak tunggu Ammar,Aswad,Aiman,Matdan,Irfan dengan Caun sebab depa naik komuter.Pastu terserempak ngan Ustaz Asril.
Semua sampai dalam pukul 9:00 pagi.Then, kami pun bergerak ke Gunung Jerai.

Sampai kat bawah kami pun start mendaki.For the first kilometer,aku dah semput dah.Pastu hasut yang lain untuk ambik motor kat bawah.Aku drrive kereta naik ke atas.
Agak mencabar dengan jalan tak berapa nak elok,curam dengan selekoh yang sangat tajam.Tapi trip kali ini memberikan aku ujian yang aku mampu tempuhi
.First tu terpikir la jugak,betul ka aku ni boleh drive kereta naik atas??

Kami pun start naik kat atas pada pukul 10:00 pagi.

Wednesday, 1 March 2017

PERSEDIAAN MENGAHADAPI UJIAN JPJ KELAS D

Assalamualaikum to all my readers!!!

JPJ TEST MINGGU DEPAN???

Yup!! Its the time for me to prove that i also be able to take the driving license haha.(Just Kidding)

Haaa.. Esok Iffat ada QTI dan kena buat yang terbaik untuk layak ambik ujian JPJ.Iffat jealous tgk ramai kawan-kawan yang dah dapat lesen but me? Slow-slow dulu..

Kat sini Iffat nak share tentang gambar yang Iffat dapat untuk sesiapa yang nak ambik lesen kereta.




Yang untuk siapa-siapa yang ambik lesem kat I.D.I. Penang.Tapi kalau tak ambik kat situ pun bahan ni boleh dijadikan sebagai rujukan korang sebelum test JPJ nanti.

Sekian.

Tuesday, 21 February 2017

NOT TODAY MV BY BTS RELEASED!!!





BTS ‘Not Today’

Assalamualaium to all my readers!!!

Harini Iffat nak share ngan korang tentang MV baru BTS iaitu NOT TODAY.

Tapi sebelum tuh Iffat macam pelik sikit la kenapa lagu keluar awal dari MV?

Untuk sesiapa yang ada jawapan tu bolehla bgtau Iffat kat Chatbox okay??

Iffat jugak macam terkejut lagi sebab lagu ni pecah rekod lagii dalam masa 
24 jam  sebanyak 10,979,502 views berbanding spring day.

Walaubagaimanapun,Great work, BTS and ARMY!



Video credit : Big Hit Entertainment 
                    https://www.youtube.com/watch?v=9DwzBICPhdM


Sekian dari Admin

Sunday, 19 February 2017

HANGOUT WITH MY FRIENDS


Assalamualaikum to all my readers!!!

Pada hari bertarikh 18 Februari 2017 Iffat bercadang nak pergi sekolah nak melawat budak-budak basket ja tapi dah jadi macam mini reunion plak...

Iffat punya jadual perjalanan keluar rumah seawal 6.30 pagi..Awal kan sebab iffat kena bertolak ke Stesen Ktmb Gurun.

Jadual tren pergi ke Bukit Mertajam adalah pada pukul 7.29 pagi.Iffat tiba di stesen ktmb gurun dalam 7.15pagi.

Nasib baik sempat Iffat ingat macam tak sempat dah...

Sampai2 terus beli tiket kat kaunter. Harga tiket komuter dari Gurun ke Bukit Mertajam hanya 
RM 4.30

Sampai kat Stesen ktmb BM jumpa kawan dari Simpang Ampat(MatDan).
Then,kami pun bertolak ke sekolah menggunakan Bas Rapid yang harganya RM1.40 mengahala ke Summit Hotel.Sesudah sampai kami tukar bas pulak untuk mengahala ke sekolah yang berharga RM 1.00

Sampai kat sekolah terus nampak ada budak-budak tengah silat kat padang.Kami pun terus turun ke court basket nak tengok kawan kawan main.(Matyo,Hadi dengan Akmal)

Pastu kawan kami dari Kepala Batas dengan Cherok Tokun pun datang iaitu Irfan Dengan Morchim(Ammar Hakimee)



Lepastu kami pi kantin tengok abe,abang jamal dan abang anuar tapi karia dah tak dak dah pindah katanya ada konflik macam mana entah haha..

Lepastu kami decide nak pergi pacific nak main bowling tapi bowling penuh sbb ada tournament.

Tapi kami memnuhi perut dulu dengan makan KFC.



Pastu kami tukar tempat kami bergerak ke Mydin BM sebab nak main Bowling.
Call Bob pastu Bob pun mai.




Hari Yang Paling Best bagi Iffat.

Thanks From Admin









Wednesday, 15 February 2017

TAZKIRAH #2 : HUKUM MENYAMBUT VALENTINE'S DAY OLEH JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG.

Hukum Menyambut Hari Kekasih


Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2012, pada14-15 Mac 2012
Keputusan : Hukum menyambut hari kekasih adalah haram dan dilarang untuk menyambutnya kerana mempunyai kaitan dengan agama lain
Keterangan/Hujah
  1. Sejarah Valentine’s Day tidak ada dalam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam
  2. Valentine’s asal nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang yang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakan seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Spainyol
  3. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang
  4. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana-kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam
  5. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
  6. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  7. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi unutk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang menolong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.  


Sekian dari Admin.

Tuesday, 14 February 2017

SPRING DAY BY BTS RELEASED!!!



BTS '봄날 (Spring Day)' MV



Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Admin nak cakap pasal lagu baru BTS iaitu Spring Day.
Admin tengok teaser lagu ni lama dah tapi baru ja released dua hari lepas.
Sorry sebab lambat update haha

Lagu ni pecah rekod untuk group diorang dalam masa sehari dengan view sebanyak 9.4 juta..
Banyak kan berbanding Blood Sweat Tears iaitu sebanyak 6 juta sahaja dalam masa 24 jam.

Admin juga seorang army since i'm in form 5.(Ada kawan hasut)
huhu..

Tapi tak apa..

dan dalam masa 3 hari view dah mencecah 13,469,895 tontonan

Kalau nak lirik ada kat bawah:

[LYRICS] 봄날 (Spring Day) by BTS
Korean 
보고 싶다
이렇게 말하니까 더 보고 싶다
너희 사진을 보고 있어도
보고 싶다
너무 야속한 시간
나는 우리가 밉다
이젠 얼굴 한 번 보는 것도
힘들어진 우리가
여긴 온통 겨울 뿐이야
8월에도 겨울이 와
마음은 시간을 달려가네
홀로 남은 설국열차
니 손 잡고 지구
반대편까지 가
겨울을 끝내고파
그리움들이 얼마나
눈처럼 내려야 그 봄날이 올까
Friend
허공을 떠도는
작은 먼지처럼
작은 먼지처럼
날리는 눈이 나라면
조금 더 빨리
네게 닿을 수 있을 텐데
눈꽃이 떨어져요
또 조금씩 멀어져요
보고 싶다 보고 싶다
보고 싶다 보고 싶다
얼마나 기다려야
또 몇 밤을 더 새워야
널 보게 될까 널 보게 될까
만나게 될까 만나게 될까
추운 겨울 끝을 지나
다시 봄날이 올 때까지
꽃 피울 때까지
그곳에 좀 더 머물러줘
머물러줘
니가 변한 건지
니가 변한 건지
아니면 내가 변한 건지
내가 변한 건지
이 순간 흐르는 시간조차 미워
우리가 변한 거지 뭐
모두가 그런 거지 뭐
그래 밉다 니가
넌 떠났지만
단 하루도 너를
잊은 적이 없었지 난
솔직히 보고 싶은데
이만 너를 지울게
그게 널 원망하기보단
덜 아프니까
시린 널 불어내 본다
연기처럼 하얀 연기처럼
말로는 지운다 해도
사실 난 아직 널 보내지 못하는데
눈꽃이 떨어져요
또 조금씩 멀어져요
보고 싶다 보고 싶다
보고 싶다 보고 싶다
얼마나 기다려야
또 몇 밤을 더 새워야
널 보게 될까 널 보게 될까
만나게 될까 만나게 될까
You know it all
You’re my best friend
아침은 다시 올 거야
어떤 어둠도 어떤 계절도
영원할 순 없으니까
벚꽃이 피나봐요
이 겨울도 끝이 나요
보고 싶다 보고 싶다
보고 싶다 보고 싶다
조금만 기다리면
며칠 밤만 더 새우면
만나러 갈게 만나러 갈게
데리러 갈게 데리러 갈게
추운 겨울 끝을 지나
다시 봄날이 올 때까지
꽃 피울 때까지
그곳에 좀 더 머물러줘
머물러줘
English
I miss you
Saying it like this makes me miss you more
Even when I’m looking at your picture
I miss you
Time is too cruel
I detest ourselves
Seeing each other’s faces even once
Has become difficult for us now
It’s nothing but winter here
Winter comes even in August
My heart runs on time
Alone on a train in snow country* that’s left behind
I want to go the other side of the earth
Holding your hand
And end winter
How much longing
Should fall like snow till the spring day comes
Friend
If I were snow that is drifting
In the empty air
Like tiny dust
Like tiny dust
I’d be able to reach you
A little faster
Snowflakes are falling
I’m getting further away little by little again
I miss you, I miss you
I miss you, I miss you
How long must I wait
How many more nights must I stay up
So that I’ll be able to see you, able to see you
So that I’ll be able to meet you, able to meet you
Passing by the end of a cold winter,
Until the spring day comes again
Until flowers bloom
Please stay at that place for a bit longer
Please stay there
Is it you who changed
Is it you who changed
Or is it I who changed
I who changed
I even loathe the time that’s passing at this moment
We’re the ones who’ve changed I guess
Everyone is like that I guess
Yes, I detest you
You left but I couldn’t forget you
Even for a day
Honestly I miss you
But now, I will forget about you
That will be less painful
Than resenting you
I try to blow away the you who makes me feel cold inside
Like smoke, like white smoke
I say that I’ll erase you
But honestly, I can’t let you go yet
Snowflakes are falling
I’m getting further away little by little again
I miss you, I miss you
I miss you, I miss you,
How long must I wait
How many more nights must I stay up
So that I’ll be able to see you, able to see you
So that I’ll be able to meet you, able to meet you
You know it all
You’re my best friend
Mornings will come back
Because no darkness, no season
Can be forever
It looks like cherry blossoms are blooming
This winter’s also ending
I miss you, I miss you
I miss you, I miss you,
If you wait for just a little
If you just stay up a few more nights
I’ll come to meet you, I’ll come to meet you
I’ll come pick you up, I’ll come pick you up
Passing by the end of a cold winter,
Until the spring day comes again
Until flowers bloom
Please stay at that place for a bit longer
Please stay there
(T/N: * “A Train in Snow Country” is the Korean title of the sci-fi movie “Snowpiercer”.)
Trans cr; Mary, Hyeeun & Lim @ bts-trans
© TAKE OUT WITH FULL CREDITS 






 BigHit Entertainment. All rights reserved. 


                                                                  Sekian dari Admin