Aku Seorang Perantau: NAK BELAJAR BAHASA KOREA DENGAN MUDAH?


Monday 23 January 2017

NAK BELAJAR BAHASA KOREA DENGAN MUDAH?


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini admin nak share cara nak belajar korea dengan mudah menggunakan digital platform yang ada ni.Admin belajar korea dari seemile.com dan sangat membantu dalam mempelajari bahasa korea.
Mula-mula memang stress sikit sebab nak kenal hafal lebih kurang 40 alphabet diorang.Tapi iffat hafal dalam lebih kurang 5 hari macam tu la.Jangan sesekali patah semangat bila nak belajar bahasa baru ni dan ia merupakan satu advantage untuk kita.Sekarang,Iffat tengah belajar pulak macam mana nak tulis ayat.Memang tough dan nak seribu daya tak nak seribu dalih.





Macam mana terdetik nak belajar bahasa korea nih?

Cerita dia start masa Iffat Form 5,sebelum minat korea ni Iffat macam benci sangat(tak tahu kenape) kat artis kpop sebab ntah la rasa meluat dia lain macam.Pastu ada seorang sahabat Iffat ni dia bagi dengar lagu BTS masu tu trending Blood Sweat And Tears.Masa first time dengar tu terus rasa macam WOW! rythm and melody lagu ni best gila.
 Lepas dah minat lagu tu Iffat pun mulalah meng'explore' dunia kpop.

Dah mula start cari lagu yang best-best,pastu tengok latar belakang setiap ahli group dan banyak lagi.Lepas dah explore dunia kpop tuh,Iffat explore pulak dunia 'drama'.Iffat start explore drama masa Hujung tahun 2016 masa tu drama yang tengah hot iaitu Legend Of The Blue Sea.Entah macam mana boleh terdetik nak tengok.

Mungkin sebab iklan kat TV banyak kot.Bila dah tengok drama episod first ni mestilah berjangkit untuk tengok episod seterusnya.Tengok actor pulak time tu Lee Min Ho dengan Jun Ji Hyun memang tengok la.Masa tu follow drama ni je.Abis LOTBS, memang berjangkit la nak tengok drama lain.

Macam tu lah sedikit sebanyak macam mana Iffat boleh nak terjebak dalam dunia korea ni.

So,Untuk sesiapa yang minat untuk belajar bahasa korea ni Iffat memang suggest kat seemile.com tapi tengok kat Youtube.Untuk sesiapa yang baru nak belajar tu berusaha jangan putus asa kat tengah jalan.

Goodluck!

Sekian dari Admin.

1 comment:

  1. Good info ini. Boleh belajar korea language secara online.

    ReplyDelete