Interview memerlukan skill yang tinggi untuk 'tackle' company yang akan amik kita untuk bekerja atau bagi scholarship.
Harini Iffat nak share tentang tips-tips untuk menghadapi interview tak kisahlah untuk scholarship atau pekerjaan.Iffat dapat info ni dari pihak MSU UNIVERSITY yang pernah buat ceramah kat sekolah tahun lepas.So,Iffat nak share sikit tentang apa yang Iffat dapat daripada ceramah tersebut.
SEBELUM INTERVIEW
1.DAPAT PANGGILAN DARIPADA PIHAK TEMUDUGA.
Selepas dapat panggilan atau sistem pesanan ringkas(SMS), yang akan diterima untuk interview cepat-cepat ambik kertas dan pen untuk catat maklumat penting sebagai contoh tarikh,waktu dan sebagainya dan JANGAN LUPA UNTUK REPEAT SEMULA untuk confirmkan balik info yang kita dapat itu sama atau tidak.
2.CARI MAKLUMAT PENTING TENTANG COMPANY.
Lepas dah dapat call dari pihak temuduga,cepat-cepat buka website company tersebut untuk cari latar belakang,visi,misi.Dengan cara itu ia dapat membantu kita untuk apa yang company tersebut betul-betul nak daripada bakal pekerjanya.
3.BUAT PERANCANGAN AWAL TENTANG PERJALANAN.
Perkara ini amat penting yang perlu take note.Membuat perancangan awal dapat membantu kita untuk sampai di tempat yang ditetapkan 'on time'.Kalau rumah dekat dengan venue tersebut,tak payahlah bersusah-susah untuk nak tengok sebab buang masa baik prepare untuk buat resume.Untuk yang tinggal jauh,it is better kalau anda pergi ke venue yang ditetapkan dalam masa dua hari lebih awal.Then pergi ke venue tu dan bolehla rancang pukul berapa nak keluar rumah dan sebagainya dan ianya juga dapat membantu untuk mengelakkan dari kesesakan lalu lintas.
4.KAJI INFO BAKAL MAJIKAN.
Perkara ini nampak remeh,tetapi ia amat membantu kita dalam interview.Antara info yang perlu kita tahu ialah berkaitan dengan nama,alamat,dan lokasi.Kemudian berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.Paling penting ialah kena kaji berkaitan dengan kursus dan biasiswa yang ditawarkan.
PERSEDIAAN PEMAKAIAN SEMASA HARI TEMUDUGA.
1.BAJU DAN NECKTIE.
Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah berkaitan dengan pakaian.Ada dua jenis cara pakaian semasa temuduga.
i)Baju 'plain' berwarna cerah dan lembut dipakaikan dengan necktie bercorak.(Pastikan warna necktie dan warna baju berkaitan dan sesuai dipandang)
ii)Baju bercorak(dicadangkan jarak antara strpe tidak terlalu lebar) berwarna cerah dan lembut dan dipakaikan dengan necktie 'plain'.
iii)Blazer terserah nak pakai atau tidak.
2.JAM TANGAN.
Jam tangan mestilah besi berwarna silver atau leather warna coklat atau hitam.Tak perlu beli mahal-mahal.Pergi kat uptown beli jam RM10 je.
3.TALI PINGGANG.
Berwana hitam atau coklat.(sekiranya coklat,pastikan dipadankan dengan warna kasut.
4.RAMBUT
Mestilah disikat rapi dan tidak terlalu kering.
5.SELUAR
Seluar yang digalakkan ialah seluar 'slack' bukan 'cotton'.Hal ini disebabkan apabila kita tunggu giliran di ruangan menunggu ia tidak akan meninggalkan sebarang kedutan pada seluar berbanding 'cotton'.
6.KASUT.
Kasut mestilah berwarna hitam atau coklat.(Pastikan dah kiwi untuk bagi berkilat)
7.PERFUME.
Ini juga penting.Beli perfume yang wangi dan jangan pakai terlalu banyak hanya sekadar biasa-biasa saja.
PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU
1.JUMPA PESAING.
Semasa di ruang menunggu,sudah semestinya kita akan berjumpa ramai pesaing yang akan merebut pekerjaan atau biasiswa yang ditawarkan.Apa yang perlu kita lakukan?
i)Jangan sesekali mendiamkan diri.Jika anda mendiamkan diri,semestinya anda akan dipandang rendah oleh pesaing yang lain.
ii)Perkara penting iaitu kena tahu kelemahan pesaing supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dan buat dengan lebih baik.
PROSES TEMUDUGA
SESI PERKENALAN
↓
SESI MEMPERKENALKAN DIRI
↓
SESI DUA HALA
SEMASA MENHADAPI TEMUDUGA.
1.SEMASA MASUK KE BILIK TEMUDUGA.
i)Ketuk pintu dahulu diteruskan memberi 'greeting' dan untuk yang muslim mestilah memberi salam.
ii)Letak tangan kanan atas bahu kiri apabila berjumpa dengan pihak interview yang berlainan jantina.
iii)Pastikan pen diletakkan di dalam poket baju.
2.BODY LANGUAGE
Body language tersangatlah penting.Ia akan menarik minat pihak interview.
i)Tangan mestilah tidak boleh lebih dari paras telinga.
ii)Mestilah pandang pada wajah pihak interview.
iii)Mata dan juga kepala mesti bergerak dan jangan terlalu 'over' dan janganlah diam sangat.Ia hanya untuk menarik perhatian sahaja.
3.INTRODUCE DIRI
i)Introduce tentang diri,adik-beradik,tahap belajar,ambition dan ibubapa.
ii)Kena tahu kita punya ability berkaitan dengan kos yang kita nak dan cerita sikit kenapa berminat dengan biasiswa/pekerjaan yang ditawarkan.
iii)Bila dia 'trick' apa yang perlu kita lakukan?
-Contoh trick ialah perkara yang dibincangkan telah menyimpang jauh dari asal.Contohnya,pihak akan 'trick' dengan menanyakan Siapakah pemain bola yang anda minat?,Suka tengok wayang cerita apa? soalan yang tiada kena-mengenalah maksudnya.
-Bila dia trick,just kata tidak ada/tiada supaya tidak dipengaruhi.
Apa yang perlu kita lakukan dan jangan berpura-pura semasa temuduga?
Perkara yang perlu kita lakukan :
- Jadi diri sendiri
- Yakin dan tenang
- Senyum dan beri salam
- Bersedia
- Positif
- Mengucapkan terima kasih
- Keluar dengan sopan
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga :
- Berpura-pura
- Tidak yakin
- Terlalu gopoh-gapah
- Sombong
- Kurang persediaan dan pengetahuan
- Menyalahkan orang lain dengan berfikiran negatif
Sekiranya ada kelemahan dalam diri kita,cuba beritahu satu kelemahan tersebut dan cara untuk menanganinya.
Dan yang paling penting perlua ada kata-kata harapan.
Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,
Sekian Dari Admin.
Berdebarnya rasa nak melangkah ke alam baru ni. Thank you info yang padat ni..
ReplyDeleteWelcome :)
Delete