Aku Seorang Perantau


Sunday, 30 April 2017

TAWARAN MATRIKULASI SESI 2017/2018



Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Sebab dapat tawaran matrikulasi ni.Satu batch kasi reminder untuk buat semakan matrikulasi.First tu rasa takut jugak la sebab takut tak dapat tapi rezeki masing-masing akhirnya dapat jugak matrik ni.

Iffat mintak jurusan perakaunan dan dapat untuk PST iaitu program satu tahun.Dapat matrikulasi Kedah(KMK) kalau tak silap kat changlun.Tapi apapun kena terima dulu sebab hebahan upubtak keluar lagi.Iffat apply permohonan matrik ni sebab nak buat macam backup plan la katakan.
Macam cikgu Iffat cakap,Apply ja semua dulu,dapat ka tak dapat la lain cerita.Kira ok la kalau banyak mohon tapi ada jugak la yang dapat berbanding tak mohon apa-apa.

Program Matrik ni ada orang kata bagus dan ada orang kata tak.Mana-mana tempat belajar pun sama saja cuma nak dengan taknak ja.Ada ja orang berjaya masuk matrik dan ada orang yang gagal.

Macam mana boleh berjaya?
Sebab dia pulun betul-betul dan tak main-main masa dalam kolej tu.

Macam mana gagal?
Tak fokus,banyak main,banyak alasan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak peluang yang kita boleh cari.Tak kisahlah melalui belajar dan sebagainya.Ada ja orang tak sambung belajar tapi rezeki dia melimpah-limpah.So,the moral of the story is kena usaha.Also reminders for myself,hidup ni kena sentiasa berusaha dan percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T dan yang penting confident dengan pilihan yang dah ditetapkan atau yang telah dirancang.

Tapi tulah,rezeki masing-masing tapi yang penting kena usaha dulu baru tawakkal.
So, untuk sesiapa yang belum membuat semakan matrikulasi sesi 2017/2018 bolehla membuat semakan di



Sekian.

Saturday, 29 April 2017

TIPS UNTUK TEST JPJ MOTOR KELAS B2 2017

     
         
 Assalamualaikum.
Harini nak cakap pasal test jpj motor.Entri haritu cakap pasal jpj kereta sekarang motor pulak.Memandangkan esok test JPJ motor, so nak share sikit tentang prosedur esok.
Sebelum masuk litar,kena buat dua perkara iaitu RPK dan RSM.So,benda pa pulak RPK dengan RSM tuh?

Meh sini nak terang satu-satu.

RPK ➡ Rutin Pemeriksaan Kenderaan.
Iffat just nak share pasal motor je ni.So,sebelum start naik tu wajib la kena buat RPK sebab nak pastikan motor dalam keadaan baik.

Macam mana nak buat RPK?
1.Pergerakan adalah mengikut arah jam.
2.Bukak bawah seat.
3.Cek 4 perkara ni:
➡Bateri
➡Roadtax
➡Penutup tangki minyak(minyak mencukupi?
➡Tools/Perkakas
4.Cek Side Mirror
5.Bahagian depan ada 4 benda:
➡Lampu hadapan
➡Lampu Isyarat
➡Nombor plat
➡Tayar(Bunga,Tekanan Angin)
6.Cek minyak enjin(mencukupi)
7.Cek bahagian belakang sama macam yang depan tadi ada 4 benda.
8.Cek rantai(tidak terlalu kendur dan tidak terlalu tegang)
Selesai RPK.

RSM ➡ Rutin Sebelum Mula
Macam mana cara?
1.Cek tayar hadapan sama ada angin cukup.
2.Cengkam brek hadapan.
3.Pijak brek belakang.
4.Cek tayar belakang.
5.Adjust side mirror.
6.Check lampu depan.
7.Check lampu belakang.
8.Check lampu isyarat kiri&kanan.

Selesai.

Untuk siapa yang nak tahu latihan untuk motor kelas B2 ialah selama 15 jam dan 30 minit.
Iaitu terbahagi kepada dua kelas KPP02 Dan KPP03.
KPP02 ialah selama 9 Jam 30 Minit.
KPP03 ialah selama 6 Jam.

Penat tak?

Uishshh penat gila sebab nak kena round litar tu banyak kali dengan cuaca panasnya.Tapi tulah,nak seribu daya tak nak seribu dalih.

*updated*

Alhamdulillah, selesai sudah ujian tadi.Berpeluh-peluh tunggu.Nervous?Memang takleh nak elak lah!Ni nak cerita sikit pengalaman tentang test tadi.

Mula-mula datang awal pagi dalam pukul 
8 pagi.Lepastu kena sediakan ic dengan lesen L.Untuk sapa yang ada renew lesen L kena bawak dua-dua yang baru dengan yang lama.

Daftar bagi ic dengan lesen pastu kena pakai baju jarang warna kuning macam tu la dekat bahagian belakang baju tu ada nombor giliran.So,korang tahulah korang punya nombor giliran.Selalunya diorang start dengan 
calon ulangan dulu pastu baru bagi yang 'fresh' ni.

Bila dah sampai giliran Iffat, nombor giliran 18 memang nervous tahap gaban ah! Kalau fail kena ulang pastu kena bayar lagi! Memang 
tak ahh!

Lepas pendaftaran kena buat RPK.Habis je RPK just get ready for test.Sebelum bawak motor, kena buat RSM dulu.Lepas je buat RSM terus pergi ke halangan pertama iaitu Titi.Titi ni majoriti fail kat sini.Tapi just usaha ja masa latihan lama-lama okaylah tu! 

Iffat dulu pun jatuh gak!Macam impossible nak lepas tapi boleh jugak.Iffat nak kasi tips sikit nih masa mula nak naik titi tu just tekan minyak sikit kasi laju and then main brek kaki je.In Sha Allah boleh. 

Lepas titi buat kon pulak.Kalau tak silap ada lebih kurang 8 kon tapi kalau untuk B FULL 5 kon je.Kon pun sama macam titi ramai yang gagal tapi tulah buat ja sama macam titi tadi.Practice!

Lepas kon, Brek kecemasan.Brek kecemasan ni kena bawak laju pastu brek guna brek belakang dalam kotak yang disediakan.Pastikan berhenti dulu dalam kotak  kalau tak berhenti gagal.

Lepas brek kecemasan,laluan tidak rata.Yang ni boleh punya.Asalkan tak keluar dari petak yang disediakan.

Selesai BAHAGIAN 2.
Bahagian 3 tertakluk kepada litar masing-masing.

Sekian.

Saturday, 15 April 2017

BLOG AKU SEORANG PERANTAU KINI BERWAJAH BARU!


Assalamualaikum.

Macam mana dengan design blog Iffat?Nampak Smart kan?
Lepas tengok hasil design MellyaCrayolla ni seriously rasa gempak!Firstly,nak cakap terima kasih sebab design blog Iffat dengan begitu cantik huhu....Masa Iffat bukak website http://mellyacrayola.blogspot.my/ tadi Iffat baru tahu yang Iffat ni customer LELAKI yang first order blog editing kat dia..Iffat dah pecah rekod!! Hahaha..

Servis yang ditawarkan juga begitu menarik dan paling murah.Murah mana??RM20 sahaja..
Memang rugi la kalau tak order kat MellyaCrayola nih.


Editing yang memang puas hati dan tak rugi duit


Jugak header yang menarik.

So,untuk sesiapa yang nak buat blog editing service bolehla order kat http://mellyacrayola.blogspot.my/

Thanks Mellya Crayola for your Amazing Work!

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS


Klik banner untuk join :)

Gudluck!

6 ELEMENT PENTING UNTUK MEMBUAT RESUME 2017




Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Iffat nak kongsi pasal perkara yang perlu ada dalam resume semasa nak minta pekerjaan atau biasiswa.

Ada banyak persoalan tentang nak buat resume ni?

Contohnya:
  • Apa itu resume?
  • Bila kena buat resume?
  • Tujuan resume?
  • Kegunaan resume?
Okay.Resume ni merupakan satu surat yang berbentuk profile diri kita.Dalam resume jugak terkandung segala latar belakang kita.Resume dibuat semasa kita dipanggil untuk temuduga.Tak kisahlah untuk biasiswa atau pekerjaan.Kegunaan resume adalah untuk memohon biasiswa atau pekerjaan.Perkataan lain bagi resume ialah cover letter.

ANTARA ELEMENT PENTING YANG PERLU ADA DALAM RESUME IALAH:

1.GAMBAR PROFIL.

Gambar profile yang anda nak letak pastikan gambar yang terkini dan pakaian yang kemas dan sopan.

2.MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN PERIBADI.

Maklumat-maklumat berkaitan ialah sebagai info tambahan kepada pihak temuduga untuk mengetahui latar belakang para calon.Antara maklumat-maklumat yang berkaitan ialah:
  • Nama
  • Alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Email dan sebagainya
3.OBJEKTIF

Pihak yang menemuduga kita juga nak tahu apa sebenarnya calon tersebut nak daripada syarikat tersebut.
  • Matlamat Kerjaya
  • Kemahiran
4.TAHAP PENDIDIKAN

Tahap pendidikan mestilah disusun secara menurun.

Contohnya;
  • PHD
  • MASTER
  • BACHELOR DEGREE
  • DIPLOMA
  • SPM
  • PMR
5.AKTIVITI KOKURIKULUM

Contohnya:
  • Ko-kurikulum
  • Pencapaian
  • Kemahiran
6.RUJUKAN.

Kita perlu meletakkan rujukan sebagai sumber rujuk kepada pihak temuduga jika kita diterima bekerja atau biasiswa

Contohnya;
  • Nama
  • Jawatan
  • Lokasi pekerjaan
  • Nombor telefon
Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,

Sekian Dari Admin.